Tuesday, October 7, 2008

HADIS POPULAR TAPI PALSU 1

HADIS POPULAR TETAPI PALSU.

BAB KEPIMPINAN.

Kadang2 kita terlalu ghairah menegur kezaliman dan kemungkaran dan kita trsasul dgn menyandarkan perkataan kepada Baginda apa yg tidak disebutnya. Sabda Nabi yg bermaksud" Sesiapa yg mendustaiku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka". (Riwayat Bukhari dll) Oleh itu saya cuba megenengahkan beberapa hadis palsu untuk peringatan kita semua.

1.

الناس على دين ملوكهم

Maksudnya : "Manusia itu berdasarkan agama (cara hidup) raja2 mereka (pemerintah)"

Keterangan.
Ia bukanlah hadis sebagaimana dinyatakan oleh AsSakhawi tetapi ia merupakan perkataaan Ibnu Umar . Sila Rujuk kitab Kasyful Khafa 2/311 dan Tahzirul Muslimin ms 119.

2.

خيار امرائكم الذين يحبون قراءكم, وشرار قرائكم الذين يحبون امراءكم



Maksudnya: " Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang mengasihi ulama-ulama, dan seburuk-buruk ulama-ulama kami ialah yang mengasihi pemimpin.

Keterangan:
Ia bukan hadis tetapi ia merupakan kata-kata Qatadah (seorang ulama tabien), seperti yg diriwayatkan oleh Abu Nuaim. Sila rujuk Kassyfu Khafa 1/383 dan Tahzirug Muslimin Ms 98.

3.

من دعا لظالم بطول البقاء فقد احب ان يعصي الله في ارضه

Maksudnya : "Sesiapa yang berdoa kepada org zalim supaya dipanjangkan umur maka sesungguhnya dia suka Allah diingkari (berlaku maksiat) di muka bumi.

Keterangan:
Ibnu AlJauzi berkata: Ia palsu, Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syuabul Iman dan Ibnu Abi Dunya menyatakan ia merupakan kata-kata Hasan Al-Bisry

-BERSAMBUNG-

No comments: