Saturday, October 11, 2008

WHUDUK DGN CARA MENYELAM

MASALAH BERWUDHU’ DENGAN MENYELAM.

Soalan;
"Bolehkah (sahkah) kita berwudhuk dengan membasuh anggota sekaligus semasa menyelam di dalam air?
Dari 'Ruh Arau 11 okt 2008

Jawapan:
Imam Nawawi Rahimahullah di dalam ‘Syarah Muhazzab’ menukilkan dari ulama’ muhaqqiqin dai kalangan mazhab Syafei bahawa wudhuknya sah walaupun ia tidak menyelam dalam tempoh yg lama. (Lihat Al-Majmuk 1/475)

Adapun menurut pendapat ulama’ mazhab Hanbali bahawa sah wudhuknya jika ia menyelam dlm tempoh yg boleh diandaikan ia boleh menyempurnakan tertib wudhuknya, jika tidak maka tidak sah wudhuknya.

Mazhab Hanafi dan Maliki pula tidak menjadikan tertib sebagai fardhu wudhu’ tetapi ia hanya sekadar sunat sahaja, maka tidak lagi dipertikaikan tentang sahnya whuduk tersebut. (Sila lihat Fiqh Islami Sheikhuna Dr Wahbah 1/231)

Wallahua’lam

No comments: